Monday, March 16, 2009

BICARA MENCUIT RASA.....

Senang ku gauli mu, dalam canda bicara, dalam herdik gurauan, kerna dikau ku kenali…
Lagakku dengan mu cuba ku lanjutkan pada insan tepian itu, nyata cebik mencuka balasnya. Aku gharib. Rupanya, insan itu berbeza. kala kita tangis gembira, dikatanya kita kecundang. Tika kita santai berikram, bebas mereka menempelak lalai. Hatta, kita juga prejudis pada mereka.Kita lihat,rasa, dan hidu yang sama, namun kita ketara dalam menilai.

Lantas pesan ku pada diri

1)Waspada dalam mengusul berita,sebelum pasti faktanya, barangkali jauh dari benarnya, penyudah menanggung fitnah dan perpecahan..

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” [al-Hujurat:6)

2)Lantaran amarah sesekali melewati akal, jangan melulu membuat tafsiran,bimbang penilaian jauh dari hakikat…

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari maklumat berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya ebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” [al-Hujurat: 12].

3)ku katakan tadi kita berbeza.Denganmu ku bersenda, dengannya ku beramah. biar hikmah dalam bicara.Tersilap cara, hati terguris...

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” [al-Nahl: 125]

4)aku juga insan dhaif pekerti,leka membuka pekung saudara seagama. mungkin bukan itu dimaksudkan, moga aku tidak mengulangi. Kelak aib saudara sendiri.

“….janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah diantara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?tentu kamu merasa jijik…” (al-hujurat : 12)

5)ku ingat pada insan tepian yang ku herdik senda itu,ikhlas ku cuba menegur, namun cebikan yang kuterima. Nyata langkahku tersasar. barangkali kita juga begitu...

Nasihatilah ketika aku bersendirian,
Hindarilah menasihati aku ketika aku bersama orang ramai,
Kerana menasihati di hadapan orang ramai itu merupakan satu jenis,
daripada cacian yang aku tidak mahu mendengarnya,
Dan jika kau berlawanan denganku dan tidak bersetuju dengan pendapatku,
Maka jangan pula engkau bersedih hati apabila nasihatmu tidak diikuti.(Diwan As-Syafie, Adab An Nush, p 56, Al Maktabah At thaqafiyyah Beirut.)

6)Lapangkan dada dalam memberi pandangan, bukan mengharap untuk diterima jauh sekali mengharap kebenaran itu datang dari pandangan sendiri…

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)

DENAI PENGHARAPAN

Membugar mata zahirku menggamit fana ini,
Bagai yakin segalanya ada disini,
Perlu cukupkan apa yang sentiasa kebutuhan,
Waima belum ketentuan apa dingini,
Persis riwayatnya sekadar disini saja,

Aku runsing dimana letaknya diri,
Kala nikmat dunia direngut bebas awami,
Tika kini, aku masih serba sederhana,
Butuh penuh pengharapan apa bukan milikku,
Pasti, aku juga mahu merasa itu,

Pernah desak mahu itu terlunas,
Diteguk manisnya penuh puas,
Tanpa bait syukur rasa kehambaan,
Dongak bangga memuji diri,
Jahil menidakkan dari mana asalnya.

Manis dikecap kembali hambar,
Barangkali jemu santapan tidak berkalih,
Mungkin juga dirasuk majnun nafsu buta,
Atau manis fana yang sekejap Cuma,
Membenteng pandangan madu hakiki ukhrawi.

Kini, masih tegar dalam penantian,
Kerana pengakhir, belum ketentuan detiknya,
Manis itu kadang melikat menyumbat keronkong,
Terkelu bacul lidah ini memuji-Nya,
Ku gagahkan azam dalam denai ke penhujung....

Al-madudi: 09