Monday, March 16, 2009
BICARA MENCUIT RASA.....
Lagakku dengan mu cuba ku lanjutkan pada insan tepian itu, nyata cebik mencuka balasnya. Aku gharib. Rupanya, insan itu berbeza. kala kita tangis gembira, dikatanya kita kecundang. Tika kita santai berikram, bebas mereka menempelak lalai. Hatta, kita juga prejudis pada mereka.Kita lihat,rasa, dan hidu yang sama, namun kita ketara dalam menilai.
Lantas pesan ku pada diri
1)Waspada dalam mengusul berita,sebelum pasti faktanya, barangkali jauh dari benarnya, penyudah menanggung fitnah dan perpecahan..
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” [al-Hujurat:6)
2)Lantaran amarah sesekali melewati akal, jangan melulu membuat tafsiran,bimbang penilaian jauh dari hakikat…
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari maklumat berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya ebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” [al-Hujurat: 12].
3)ku katakan tadi kita berbeza.Denganmu ku bersenda, dengannya ku beramah. biar hikmah dalam bicara.Tersilap cara, hati terguris...
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” [al-Nahl: 125]
4)aku juga insan dhaif pekerti,leka membuka pekung saudara seagama. mungkin bukan itu dimaksudkan, moga aku tidak mengulangi. Kelak aib saudara sendiri.
“….janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah diantara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?tentu kamu merasa jijik…” (al-hujurat : 12)
5)ku ingat pada insan tepian yang ku herdik senda itu,ikhlas ku cuba menegur, namun cebikan yang kuterima. Nyata langkahku tersasar. barangkali kita juga begitu...
Nasihatilah ketika aku bersendirian,
Hindarilah menasihati aku ketika aku bersama orang ramai,
Kerana menasihati di hadapan orang ramai itu merupakan satu jenis,
daripada cacian yang aku tidak mahu mendengarnya,
Dan jika kau berlawanan denganku dan tidak bersetuju dengan pendapatku,
Maka jangan pula engkau bersedih hati apabila nasihatmu tidak diikuti.(Diwan As-Syafie, Adab An Nush, p 56, Al Maktabah At thaqafiyyah Beirut.)
6)Lapangkan dada dalam memberi pandangan, bukan mengharap untuk diterima jauh sekali mengharap kebenaran itu datang dari pandangan sendiri…
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)
DENAI PENGHARAPAN
Bagai yakin segalanya ada disini,
Perlu cukupkan apa yang sentiasa kebutuhan,
Waima belum ketentuan apa dingini,
Persis riwayatnya sekadar disini saja,
Aku runsing dimana letaknya diri,
Kala nikmat dunia direngut bebas awami,
Tika kini, aku masih serba sederhana,
Butuh penuh pengharapan apa bukan milikku,
Pasti, aku juga mahu merasa itu,
Pernah desak mahu itu terlunas,
Diteguk manisnya penuh puas,
Tanpa bait syukur rasa kehambaan,
Dongak bangga memuji diri,
Jahil menidakkan dari mana asalnya.
Manis dikecap kembali hambar,
Barangkali jemu santapan tidak berkalih,
Mungkin juga dirasuk majnun nafsu buta,
Atau manis fana yang sekejap Cuma,
Membenteng pandangan madu hakiki ukhrawi.
Kini, masih tegar dalam penantian,
Kerana pengakhir, belum ketentuan detiknya,
Manis itu kadang melikat menyumbat keronkong,
Terkelu bacul lidah ini memuji-Nya,
Ku gagahkan azam dalam denai ke penhujung....
Al-madudi: 09
Saturday, July 26, 2008
SELAMATKAN SUFIAH
Setiap anak kecil yang mula melangkaui
Harapan indah yang sering dicanangkan guru-guru, media
Lewat masa ini, kita harus mengambil iktibar kehadiran kisah anak watan tanahair yang mengadu nasib di bumi
Kehidupan insan ini yang dikatakan seorang pelajar pintar, digembar-gemburkan di dada akhbar sebagai pelacur murahan bagi menyara kehidupan atau itu hanyalah alasannya. Timbulnya suasana sebegini,memberi ruang persoalan kepada kita sebagai rakyat
Lantaran kesedaran ini, suka untuk penulis mengajukan persoalan, adakah dengan hanya berlandaskan hukum manusia, yang sekadar melihat realiti duniawi mampu mengekang sifat manusia yang fitrahnya mudah dipengaruhi nafsu, emosi dan persekitaran? Mampukah undang-undang sebegini memastikan setiap individu mematuhinya di setiap masa, keadaan, dan tempat? Jawapannya mustahil selagi indivdu itu cukup sekadar memikirkan pencarian kesenangannya di dunia sahaja. Tidakkah kita fikir wujudnya kehidupan dan pembalasan selepas kematian?
Disini lah perlunya kesedaran masyarakat pentingnya kehidupan beragama bagi setiap individu terutamanya anak-anak kecil yang baru mengenal dunia. Nah, sekarang kita sendiri telah dihidangkan dengan kisah insan benama Sufiah yang mana mugkin lebih banyak lagi kisah-kisah individu yang seangkatannya tidak disingkap. Inilah hasil yang dapat kita lihat barangkali dari suasana pembangunan Negara yang ketandusan agama sekian lama. Mahukah kita lebih ramai lagi cendikiawan-cendikiawan seperti Sufiah yang juga modal insan negara dilahirkan. Sama-samalah kita fikirkan dan membangunlah kita besama Islam. Wallhualam…
“ALLAHUGHOYATUNA”
Monday, May 12, 2008
DI SINI MEDAN KU
Ku telek langkah sonsang lampauku,
Mengimbau susur kedewasaan ini,
Tulus hati kalbu ini akui akan lencongnya,
Yang jauh dari persimpangan,
Luruskah langkahku...?
Tidak ku mundur kembali mencari jejak lampau,
Yang kabur dalam kejahilan,
Terus ku lanjutkan titian berpandu lunas nafsu,
Jiwa kematanganku terdetik lagi,
Membilang langkah yang belum pasti kesekiankalinya,
Menghitung detik yang belum tentu kesudahannya,
Kabur tanpa jelas pengakhirnya,
Di kotak penganalisa ku menerjah raut wajah itu,
Matanya tersenyum, menguntum seribu pengharapan,
Tangan yang berselirat urat tua,menyapa lesu penuh kasih,
Menggamitku mundur merungkai jejak lampau,
Ku ukir corak riwayat yang bakal mendatang,
Dengan luhur pengertian keESAan-NYA,
Diselit manis ukhwah fillah,
Membuak harum semangat fisabillillah,
Kuatur kembali jejak ku,
Menyusur denai pengislahan,
Tekadku di rantauan jauh dari keasalan,
Menjadi medan mulaku....
Monday, April 28, 2008
DIA YANG HILANG.....
Dan kali ini,
Tiada lagi kilas sinar mata itu,
Menyapa hati ini,
Senyum pengutus kasih itu,
Tiada lagi hadir mengirim rindu,
Dia,
Masa lampauku....,
Menyusulkan rasa kecintaan dalam diri ini,
Dan hari muka ku,
Dibaluti keresahan penantian,
Dan kini,
Senyum dan sinar mata itu hadir,
Bukan pada hakikat,
Namun,
Penantian masih untuk DIA YANG HILANG......
RASA MENCETUS CITA...
dari lamunan membawa bayangan,
menyusur lalu seribu kenangan,
membuah ranum desak harapan,
menyesak rongga liang pemikiran,
mana mungkin mampuku tahan,
segala rasa perlu luahan,
biarkan saja menjadi coretan,
harap mampu menjadi rujukan,
paling tidak membawa kepuasan,
dan ku lampirkan ini sebagai PERMULAAN....