Thursday, August 13, 2009

LEMBARAN YOGJA..CONTD

Imbauan kedinginan pendakian kawasan tanah tinggi Kaliurang bagai masih lagi meresapi liang memori. Deretan penginapan menghinggapi sepanjang sependakian lerengan Kaliurang. Cerunan yang meninggi membawa gambaran tanah tinggi Cameroon di keasalan diselimuti panorama kekabusan mencetus keterujaan hingga kehujung pendakian. lapangan indah dan dingin puncak Kaliurang menyelitkan riau keberadaan Gunung Merapi. Barangkali sejarah meratapi bagaimana kebengisan Gunung Merapi menggegar kepulauan Jawa. Bagai belum lagi hilang amarahnya itu, hingga masih lagi terpapar kepulan asap menanti waktu melempias hawanya. Syukurnya tiada dugaan sebegitu di Malaysia.
Damai Kaliurang ditinggallkan dengan ketakjuban kekuasaan Allah seterusnya membawa delegasi menghayati sejarah keperajuritan dan kesultanan Jawa di Kratong. Sungguh setiap bangsa itu ada mulanya, ada ceritanya.




Waktu sore digenapi dengan kunjungan ke medan niaga Malioboro. Riuh ampu dalam tawar menawar dan sesak kunjungan tempatan juga antarabangsa menggamat suasana. Deretan kedai dipersisiran jalan raya menjanjikan nilaian harga yang amat berpatutan. Barangkali, tiada sempurana kehadiran di Yogjakarta tanpa singgah membawa pulang kenangan dari Malioboro. Ruang tepian tembok sepanjang lebih 1 km menyediakan kepelbagaian barang yang mungkin sesuai dibawa pulang sebagai kenangan.

Jauh perjalanan seharian meruap semangat dalam meneruskan kelansungan agenda. Hari ke-6 delegasi bakal mengharungi pengalaman berkhidmat pada masyarakat. Acara Bakti sosial dilancarkan dengan lokasi Karayanggayam Sitimulyo, Piyungan Bantul ,Yogjakarta menjadi pilihan. Membawa bersama kerjasama ukhwah antara MESAT dan Yayasan Al-Qais mencetus satu tautan yang tidak mungkin dipisahkan sempadan lautan. Acara pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubatan mendapat sambutan masyarakat setempat. Jasa dihulur walau sebentar, harap mampu mengubat luka, biar untuk dikenang bukan.



Biar manusia hanya mampu merancang, namun dengan kudrat-Nya segala misi yang dicanang hampir dipenuhi dengan terlaksananya agenda Bakti Sosial. Terus kembara delegasi dilanjutkan ke pesisir Pantai Parangtritis membawa jajahan minda kesegaran bayu laut dan liar kuda-kuda tungangan. Sorak hilai peserta delegasi memancar puas dalam perlaksanaan program. Sehari yang tinggal cuba dihayati sepenuhnya menyimpan segala pengalaman bermaknaLawatan ke Hospital Sarditjo melengkapi rencana perancangan misi. Sedikit gambaran pengurusan kesihatan yang dijalankan bakal dibawa pulang sebagai ilmu perkongsian. Terus segala permualaan dan perjalanan program diakhiri dengan majlis perpisahan membawa simfoni keharmonian serumpun.HARI INI MENJUAL JAGUNG, HARI ESOK MENJUAL JELAI, HARI INI KITA BERKAMPUNG, HARI ESOK KITA BERCERAI, ADA UMUR KETEMU LAGI….

3 comments:

ck irah said...

rindu seh jogja,,huhu~

syahbandar87 said...

cam best jerk.hehe
:)

Al Madudi said...

kengan manis....kapan mau kesana lg ya...:)