Sunday, July 5, 2009

LEMBARAN YOGJAKARTA

Warna kirmizi sore di kejiranan menggamit ramah hati keterujaan.Riau diruang tinggi sebelumnya tenggelam bersama mentari dinahari. Riuh dialek serumpun menerjahkan gambaran suasana Maha Allah menciptakan manusia itu berbangsa-bangsa. Begitu suasana dikejauhan menyambut di Terminal Yogjakarta.
kelansungan perjalanan diteruskan dari Terminal Yogjakarta ke penginapan bersama-sama anak-anak Malaysia diperantauan membawa perkenalan yang barangkali jauh diduga. “hai, saya Tony” sapaan kemesraan lansung melesetkan tanggapan mengatakan ini anak jati melayu tanahair. Dengan keletahnya yang fasih berdialek Kelantan dan betahnya dikalangan kami sedikit meneruja rasa bahawa ini Chinese Malaysia biar bukan seagama. Suatu yang barangkali sukar dirasakan di keasalan.Penat yang dibawa sejak dari Kelantan tidak mematikan rasa terus mengecap suasana di kejiranan. Alun-alun selatan ditujui sebagai madah pertama rencana agenda. Omong lagenda yang tiada siapa tahu jauh benarnya menjadi mainan kami. Berjalan dengan menutup mata sehingga berada diantara dua pohon, menggambarkan hati yang suci. Sesuatu yang tidak seharusnya dipercayai.
Pagi di kepulauan Jawa disapa. Damainya semungkin seindah pagi di desa Malaysia. Rencana hari seterusnya dimulakan. Dengan gah seragam MESAT , delegasi menyusuri renik embun ke Universiti Gadjah Mada menyaksikan pertamakalinya medan ilmu bersejarah itu. Perkenalan singkat bersama Ibu Winnie dan ibu Listri mengikat pertalian sepanjang program. Inilah barangkali wacana penyatuan ummat sepelosok dunia. Kembara menjangkau Ke perkampungan kecil daerah Piyungan Bintul dengan bermatlamatkan pembelajaran melalui pengalaman. Hadirnya kami ketika itu, disambut dengan teori “tamu adalah raja”. Ledakan band anak-anak kecil serta manis senyuman setempat meruntun keharuan. Acara lapangan yang membawa pendidikan kesihatan ke masyarakat setempat begitu merangkumi pelbagai lapisan usia. Dengan LANSIA sebagai singkatan untuk lanjut usia, BALITA untuk anak-anak usia bawah lima tahun.Pembelajaran semalam dilansungkan lagi dengan pengenalan program kesihatan ibu dan si cilik bawah 3 tahun. Hari ke 3 membawa delegasi ke desa terpencil menempatkan POSYANDU. Sekali lagi kecaknaan melayani tetamu tergambar dengan sambutan persembahan anak-anak kecil membawa simfoni keakraban. Benar mereka ini menghormati akan kunjungan kejiranan.Khazanah terpendam Yogjakarta belum habis ditatapi. Gah kesinambungan kepulauan Jawa dengan tinggalan bersejarah menggamit kunjungan. Kehadiran julung-julung kali ini memberi ruang keemasan delegasi menjamu keajaiban tamadun dunia. Hari ke -4 diperantauan mengotakan butuh keinginan menyaksikan keberadaan Candi Borobudur dan Prambanan. Sekaligus merealitikan khayalan yang sebelumnya sekadar terlampir didada kertas.

Sunday, May 31, 2009

MENANTI USAHA YANG HAMPIR PASTI



Ku seret kembali jajahan minda dalam waktu usaha merasai nilai kembara di seberang laut. Usaha yang kadang diselit humor, emosi, belas dan tekanan sungguh mengajar apa itu nilai dalam bermasyarakat. Kerna dalam usaha itu ku fahami jiwa yang sekadar kukenali sebelumnya. Juga dalam usaha itu, gah terbina rasa setiakawan, biar kadang diuji amarah yang prejudis.

Sabda nabi SAW..“Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya” (bukhari dan muslim)

Penat menyusur dalam bahang mentari, memerah sisa kesabaran dalam setiap keringat. Hina menadah tangan dan memanis bicara, mencalar ego yang bukan mudah diremehkan. Semua itu dengan harapan, ada tangan yang ikhlas memberi .

Cuma kadang dalam tegar usaha itu, cacatnya bagai terasa lantaran tipis dalam amalan keredhaanNya. Aku husnulzon kan diri, mengharapkan biar cacat itu tidak dipandang bertabir niat kerana-Nya.

“hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiapseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia kan memperolehuinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.” (bukhari dan Muslim)

Biar belum waktunya arah usaha itu, segala rasa didalamnya diadun membibitkan rasa manis yang hampir dikecap bersama. Biar juga usaha itu hampir terlunas, penuh kuharapkan agar rasanya dilupa jangan. Yogyakarta hampir pasti...

Monday, May 4, 2009

Kembara di Rantau Pengislahan



Lewat ku coretkan jajahan minda seusai imtihan baru-baru ini. Biar mata terkunang membawa cengkung tatapan ilmu, biar hati masih lagi walah menanti nasibnya imtihan tika itu, aku lewati juga batas minda yang masih dalam tekanan. ”Jom cameroon, hehe” jemputan yang sedikit lambat untuk dibalas dalam diri masih terikat penantian keresahan. Biasa ku sahut pantas saja ajakan ikram sahabat-sahabat itu.

Kadang hati ini, bila dimanja senang benar mengalah pada ujian. Biar dicuitNya sedikit. Kuatku hanya pada FirmanNya:

”Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-’Imran : 139)

Aku sahut positif pada ramah jemputan teman kerna padanya ada nilai sebuah kembara yang mungkin penenteram hati yang gharib.

”maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerna sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi hati yang ada di dada” ( Al-Hajj : 46)

Cameroon ditujui dengan meresapi nilai rasa kehambaan dan cuba diselitkan manisnya bersahabat, kalau benar pada caranya disitu ada pengislahan.....

Thursday, April 2, 2009

MANIS SEBUAH UJIAN

Cepat benar kita melatah, biar dicuitnya sedikit…
Tetap juga diri ini benar, biar teguran diberi.
Bicaraku pada diri, itu egomu..
Bentak minda amarah, bukan silapku..

Yakin ku pada diri,lewat membatasi pengharapan padaNya,
Tika itu senang kumadahkan kejayaan,
Biar belum tentu dengan usahanya,
Biar usaha juga bukan segalanya

Angkuhku dalam sedar kekuasaanNya,
Zahirnya dilihat penuh kehambaan,
Hingga diri merasa cukup mulia,
Walhal amal sekelumit tiada nilai,

Kini, aku tanya kembali pada diri,
Mana zahirnya usaha diri, lantaran kegagalan buktinya,
Biar tugas sebagai hamba belum selesai,
Kulalaikan ia dalam gila keduniaan,

Kala aku dungu kegagalan,
Madah mesra teman-teman menyuntik iltizam,
Prihatin mereka menyapa bagaimana rasanya hati,
Cukup saja kukatakan itu tandanya kasih Allah pada hambaNya..

Monday, March 16, 2009

BICARA MENCUIT RASA.....

Senang ku gauli mu, dalam canda bicara, dalam herdik gurauan, kerna dikau ku kenali…
Lagakku dengan mu cuba ku lanjutkan pada insan tepian itu, nyata cebik mencuka balasnya. Aku gharib. Rupanya, insan itu berbeza. kala kita tangis gembira, dikatanya kita kecundang. Tika kita santai berikram, bebas mereka menempelak lalai. Hatta, kita juga prejudis pada mereka.Kita lihat,rasa, dan hidu yang sama, namun kita ketara dalam menilai.

Lantas pesan ku pada diri

1)Waspada dalam mengusul berita,sebelum pasti faktanya, barangkali jauh dari benarnya, penyudah menanggung fitnah dan perpecahan..

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” [al-Hujurat:6)

2)Lantaran amarah sesekali melewati akal, jangan melulu membuat tafsiran,bimbang penilaian jauh dari hakikat…

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari maklumat berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya ebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” [al-Hujurat: 12].

3)ku katakan tadi kita berbeza.Denganmu ku bersenda, dengannya ku beramah. biar hikmah dalam bicara.Tersilap cara, hati terguris...

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” [al-Nahl: 125]

4)aku juga insan dhaif pekerti,leka membuka pekung saudara seagama. mungkin bukan itu dimaksudkan, moga aku tidak mengulangi. Kelak aib saudara sendiri.

“….janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah diantara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?tentu kamu merasa jijik…” (al-hujurat : 12)

5)ku ingat pada insan tepian yang ku herdik senda itu,ikhlas ku cuba menegur, namun cebikan yang kuterima. Nyata langkahku tersasar. barangkali kita juga begitu...

Nasihatilah ketika aku bersendirian,
Hindarilah menasihati aku ketika aku bersama orang ramai,
Kerana menasihati di hadapan orang ramai itu merupakan satu jenis,
daripada cacian yang aku tidak mahu mendengarnya,
Dan jika kau berlawanan denganku dan tidak bersetuju dengan pendapatku,
Maka jangan pula engkau bersedih hati apabila nasihatmu tidak diikuti.(Diwan As-Syafie, Adab An Nush, p 56, Al Maktabah At thaqafiyyah Beirut.)

6)Lapangkan dada dalam memberi pandangan, bukan mengharap untuk diterima jauh sekali mengharap kebenaran itu datang dari pandangan sendiri…

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)

DENAI PENGHARAPAN

Membugar mata zahirku menggamit fana ini,
Bagai yakin segalanya ada disini,
Perlu cukupkan apa yang sentiasa kebutuhan,
Waima belum ketentuan apa dingini,
Persis riwayatnya sekadar disini saja,

Aku runsing dimana letaknya diri,
Kala nikmat dunia direngut bebas awami,
Tika kini, aku masih serba sederhana,
Butuh penuh pengharapan apa bukan milikku,
Pasti, aku juga mahu merasa itu,

Pernah desak mahu itu terlunas,
Diteguk manisnya penuh puas,
Tanpa bait syukur rasa kehambaan,
Dongak bangga memuji diri,
Jahil menidakkan dari mana asalnya.

Manis dikecap kembali hambar,
Barangkali jemu santapan tidak berkalih,
Mungkin juga dirasuk majnun nafsu buta,
Atau manis fana yang sekejap Cuma,
Membenteng pandangan madu hakiki ukhrawi.

Kini, masih tegar dalam penantian,
Kerana pengakhir, belum ketentuan detiknya,
Manis itu kadang melikat menyumbat keronkong,
Terkelu bacul lidah ini memuji-Nya,
Ku gagahkan azam dalam denai ke penhujung....

Al-madudi: 09

Saturday, July 26, 2008

SELAMATKAN SUFIAH

Setiap anak kecil yang mula melangkaui medan persekolahan, mula mencipta impian dan angan-angan. Hatta, jika ditanya anak kecil yang belum kenal apa itu ABC, belum mengerti maksud hidupnya, sudah pantas mengajukan cita-cita mereka. Bukan sedikit dikalangan anak-anak pelajar ini, mengimpikan landasan-landasan kecemerlangan hidup pada masa hadapan. Tidak kurang juga melebarkan imaginasi melewati lautan mencari lokasi bagi menuntut ilmu. Namun, berapa ramai dikalangannya yang memahami maksud pencarian mereka.

Harapan indah yang sering dicanangkan guru-guru, media massa dan terutamanya ibu bapa, memandu mentaliti jiwa-jiwa ini dengan sarat pengharapan pada untung nasib dunia materialistik. Mungkin juga kealpaan pada wujudnya kebutuhan pengharapan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi yang barangkali bukan disengajakan, membawa insan kecil itu tegar mencari kesedapan sementara di kehidupan ini.

Lewat masa ini, kita harus mengambil iktibar kehadiran kisah anak watan tanahair yang mengadu nasib di bumi London. Siapa tidak kenal lagi dengan watak gadis kelahiran Malaysia, Sufiah Yusof. Dengan berlatarbelakangkan akademik yang cemerlang dan pelajar pintar matematik yang tentunya menyimpan impian besar ingin menggapai kecemerlangan hidup seperti juga mereka yang lain. Apakan daya, angan-angan yang dipasang tidak seindah khabar yang disogokkan. Atau mungkin, itulah penhujung kebahagiaan yang dicarinya.

Kehidupan insan ini yang dikatakan seorang pelajar pintar, digembar-gemburkan di dada akhbar sebagai pelacur murahan bagi menyara kehidupan atau itu hanyalah alasannya. Timbulnya suasana sebegini,memberi ruang persoalan kepada kita sebagai rakyat Malaysia, apakah tidak cukup lagi kepintaran yang ditunjukkan Sufiah sehingga kehidupan peribadinya dijadikan isu untuk dirunsingkan.? Pakej seorang manusia bagaimanakah yang kita dambakan? Barangkali dengan terpaksa kita akui selaku fitrah seorang manusia, insan yang sempurna tidak lengkap jika hanya subur dengan kemantapan mental, tanpa disusuli kekuatan rohani.

Lantaran kesedaran ini, suka untuk penulis mengajukan persoalan, adakah dengan hanya berlandaskan hukum manusia, yang sekadar melihat realiti duniawi mampu mengekang sifat manusia yang fitrahnya mudah dipengaruhi nafsu, emosi dan persekitaran? Mampukah undang-undang sebegini memastikan setiap individu mematuhinya di setiap masa, keadaan, dan tempat? Jawapannya mustahil selagi indivdu itu cukup sekadar memikirkan pencarian kesenangannya di dunia sahaja. Tidakkah kita fikir wujudnya kehidupan dan pembalasan selepas kematian?

Disini lah perlunya kesedaran masyarakat pentingnya kehidupan beragama bagi setiap individu terutamanya anak-anak kecil yang baru mengenal dunia. Nah, sekarang kita sendiri telah dihidangkan dengan kisah insan benama Sufiah yang mana mugkin lebih banyak lagi kisah-kisah individu yang seangkatannya tidak disingkap. Inilah hasil yang dapat kita lihat barangkali dari suasana pembangunan Negara yang ketandusan agama sekian lama. Mahukah kita lebih ramai lagi cendikiawan-cendikiawan seperti Sufiah yang juga modal insan negara dilahirkan. Sama-samalah kita fikirkan dan membangunlah kita besama Islam. Wallhualam…

“ALLAHUGHOYATUNA”